Dalam suasana gilang-gemilang Majlis Raya Aidilfitri IScada Net (ISNet), SBDatin Lina hadir dengan Cheque yang bernilai RM10,000, menjadi sokongan penting untuk artis-artis yang memerlukan. Majlis yang meriah dengan kehadiran artis legend hebat seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, ND Lala, dan banyak lagi artis veteran yang memberikan sentuhan kegemilangan kepada acara tersebut.

Program makan malam ‘Legends’ ini akan diadakan pada 2 Jun 2024 (Ahad), 8:00 hingga 11:00 malam, bertempat di Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab, Kuala Lumpur.

Empat penyanyi legend tanahair seperti Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Ramli Sarip, Datuk Awie, dan Rahimah Rahim. Saksikan sendiri 4 Legends negara, bergabung pada makan malam amal ini nanti

Datuk Khatijah Ibrahim salah seorang 'legends' yang akan membuat persembahan pada malam tersebut berkata tujuan malam amal untuk membantu rakan-rakan seperjuangan kami. Persatuan Karyawan Malaysia iaitu sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan akan menganjurkan satu majlis makan malam amal yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi tabung Persatuan.

Dato Freddie Fernandes mengalu-alukan Penaja ke majlis Makan Malam Legends. kami berharap untuk mendapat sokongan dari individu atau syarikat yang berminat untuk menjayakan majlis menghargai artis yang kurang bernasib baik. Pembelian meja tajaan:- 1. Penaja Meja Berlian - RM 100,000 2. Penaja Meja Platinum - RM 50,000 3. Penaja Meja Emas - RM 10,000 4. Penaja Meja Perak - RM 5,000 5. Meja Biasa – RM 3,000, RM 2,000 Hasil kutipan ini bakal digunakan untuk membiayai beberapa perkara seperti membantu para penggiat seni veteran yang berada didalam keadaan uzur dan juga yang hilang upaya.

MAKAN MALAM AMAL LEGENDS KARYAWAN | 2 JUN 2024 8.00mlm | Dewan Perdana Felda Berhibur sambil menyumbang 012- 2071400 Freddie Fernandez