Sebanyak 3,000 pek makanan berbuka puasa telah dan akan
diagihkan kepada golongan asnaf khususnya pelajar di institusi pengajian tinggi
dan anak yatim, sepanjang bulan Ramadan ini melalui Program Kongsi Rezeki
Ramadan.
Pengagihan pek berbuka puasa itu telah bermula pada 1
Ramadan melibatkan 200 pelajar Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) kampus Bangi,
Selangor.
Menu yang disajikan adalah berkhasiat dan berkualiti bagi
memastikan golongan asnaf benar-benar dapat menikmati juadah yang enak ketika
berbuka puasa.
Perdana Menteri Kesembilan, Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob
berkata, program ini diadakan bagi memastikan golongan asnaf tidak terpinggir
dan dapat merasai nikmat ketika berbuka.
"Di saat kita mampu membeli pelbagai juadah berbuka dan
menikmati makanan yang lazat, masih ada lagi mereka yang tidak bernasib baik.
"Menginsafi hal ini, Program Kongsi Rezeki Ramadan
menyediakan juadah berbuka berupa pek makanan kepada golongan fakir miskin dan
Asnaf melalui pengagihan secara reach out kepada golongan sasar, '' kata Dato'
Sri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata demikian ketika menyantuni dan mengagihkan
juadah berbuka puasa kepada pelajar-pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah,
Keramat di sini hari ini.
Tambah Dato’ Sri Ismail Sabri, program ini juga memupuk dan
menyuburkan semangat Keluarga Malaysia, untuk saling bantu membantu khususnya
terhadap golongan memerlukan di bulan yang mulia ini.
Pada hari ini, sebanyak 100 pek makanan di agihkan kepada
pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan 120 pek makanan kepada penghuni
Rumah Limpahan Kasih yang beroperasi di Puchong, Selangor.
Dari jumlah 3,000 pek makanan yang diagihkan sepanjang Ramadan,
sebanyak 500 diperuntukkan kepada petugas keselamatan.
Sumbangan tersebut dilaksanakan bagi meringankan beban
pengawal keselamatan yang berpendapatan rendah.
0 Comments
Post a Comment