313 isi rumah di
Rompin yang dilanda banjir baru-baru ini menerima sumbangan dan wang tunai
berjumlah RM72,000 daripada Bakul Rahmah hari ini hasil Kementerian Perdagangan
Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).
Timbalan Menterinya Senator Fuziah Salleh (gambar) dalam
kenyataan berkata sumbangan pasca banjir itu bertujuan meringankan beban mereka
yang telah ditimpa bencana.
Beliau berkata ia disampaikan kepada keluarga yang terjejas
akibat banjir di kampung Orang Asli dan kampung tradisi antaranya Kampung Bukit
Serok, Kampung Meripoh, Kampung Rekoh, Kampung Perwira Jaya, Kampung Lubok Batu
selain Kampung Gadak.
Katanya Bakul Rahmah itu disumbangkan oleh Rakan Strategik
KPDN antaranya Yayasan Food Bank Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia,
manakala wang tunai disumbangkan oleh Tabung Musaadah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM) dan Yayasan Takwa.
“Sejak banjir melanda pada 1 Mac lepas, KPDN menerusi pejabat KPDN Pahang telah menghulurkan bantuan kepada 837 mangsa banjir di Pahang melibatkan kawasan Chini (Pekan), Raub, Jerantut, Temerloh dan Rompin. Sejumlah 800 bungkusan sumbangan bantuan Food Bank dan Bakul Rahmah disampaikan kepada mereka yang terkesan akibat musibah ini,” katanya.
Selain itu, menurut Fuziah sepanjang berlakunya banjir
Sekretariat Food Bank Malaysia bersama Rakan-Rakan Strategik Utama program
Bakul Rahmah telah mengagihkan sumbangan berbentuk makanan sedia dimakan dan
keperluan diri kepada mangsa yang terlibat.
Menurutnya bantuan diagihkan kepada mangsa yang ditempatkan
di 41 buah Pusat Penempatan Sementara di lima negeri iaitu Terengganu, Perak,
Pahang, Johor dan Kelantan.
0 Comments
Post a Comment