'Irama Mengimbau Kenangan' menjadi topik sidang media yang diadakan di ibu negara hari ini, apabila TVS membuat debut rancangan realiti hiburan Getaran Jiwa dengan bantuan kerajaan Sarawak. Penonton siri 8 episod di saluran 122 Astro dan MYTV ini akan dapat menyaksikan karya Seniman Hebat Tan Sri P. Ramlee dan Puan Sri Saloma bermula pada 21 Oktober 2022. (Jumaat).

Bersiaran setiap Jumaat, jadual mingguan program ini akan dimulai dengan tayangan kapsul ‘Debaran Jiwa’ pada pukul 7.30 malam hingga 8.00 malam, diikuti siaran langsung ‘Getaran Jiwa’ pada 8.45 malam hingga 10.15 malam. Menampilkan 40 peserta melalui pencarian bakat baru dari seluruh negara, konsep dan format program ini merupakan idea bersama TVS dan Morningstar Entertainment diwakili Adlan Shaharir sebagai Penasihat Kandungan Kreatif.

https://youtu.be/QsXF2WrIaM4

Bakal bersaing hebat untuk merebut hadiah terkumpul sebanyak RM60,000, persembahan peserta akan dinilai melalui system pemarkahan ‘Jiwa Meter’ yang terbahagi kepada 70% oleh barisan juri professional diketuai oleh Dato’ Nash dan 30% oleh juri awam yang mengundi di atas talian.

Hadir daripada TVS semasa sidang media tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Rizal Zulkapli, Pengurus Saluran, Aizal Ibrahim dan Penerbit Penyelaras, Yume Suryani. Turut bersama merikan pelancaran program tersebut adalah Dato’ Nash selaku Ketua Juri, Noraniza Idris, Fauziah Latiff, Liza Hanim, Ayai Ilusi dan Fauzi Marzuki sebagai barisan juri jemputan dan Rody Kristal selaku Pengarah Muzik Getaran Jiwa.

Turut berucap semasa majlis tersebut, Rizal mendedahkan bahawa Getaran Jiwa merupakan rancangan hiburan ketiga terbitan TVS untuk tahun 2022 selepas program TVS Live dan Pemerindang Borneo.

Rizal mengajak jemputan di majlis tersebut dan orang ramai untuk bersama-sama menyokong dan menonton program reality Getaran Jiwa.

Dimeriahkan oleh Jiggy Masin dan Sissy Iman selaku hos sidang media dan juga pengacara Getaran Jiwa, sidang media tersebut turut memperkenalkan barisan peserta program dan hos kapsul ‘Debaran Jiwa’, Fattah Bolhanuddin dan Siti Zawawi.

Jangan lupa saksikan Getaran Jiwa yang bakal mewarnai kaca TV anda pada pukul 8.45 malam, setiap Jumaat bermula 21 Oktober 2022. Hanya di TVS, saluran 122 di Astro dan MYTV. Ikuti laman media social Getaran Jiwa (http://linktr.ee/getaranjiwa) untuk maklumat lanjut.