Susulan kemenangannya dalam kategori Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) ke-23 awal bulan ini dengan albumnya Yonny (Versi Deluxe), artis hip hop Yonnyboii telah mengeluarkan single baharu berjudul KECEWA, yang boleh diakses di semua platform digital pada 12 pagi pada 23 September 2022.

Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem NurimanNor Azrin berkata, kecewa sudah menjalani proses rakaman sejak dua tahun lalu namun baru kini dia mengambil keputusan untuk melancarkannya.

Bagi Yonnyboii, KECEWA membawa pengertian yang cukup mendalam dalam hidup sesorang selain mencabar diri membawakan lagu yang tidak pernah diterokai sebelum ini.

https://youtu.be/EbIcJdsmRMM

Biarpun KECEWA memberi maksud yang seakan-akan negative, namun Yonnyboii berharap pendengar dan peminat dapat membuka minda dan jangan menghakiminya terlalu awal.

Menyentuh mengenai video muzik KECEWA yang bakal dilancarkan pada 4 Oktober ini di saluran YouTube Yonnyboii, jejaka berusia24 tahun itu berkata, dia berasa bertuah apabila dapat Kembali bekerjasama dengan individu yang pernah menghasilkan video muziknya sebelum ini.

Proses rakaman MV beliau sangat seronok kerana selalu bekerja dengan pengarah MV ini iaitu Thaqif Saadon. Kebanyakkan MV seperti Salahku dan Aku Itu Aku adalah hasil kerja Thaqif. Untuk pengambaran juga berjalan dengan cepat dan mudah. Malah kebanyakkan babak yang dilakukan hanya dilakukan sekali saja.

Selain itu, menerusi MV ini beliau juga dapat berkenalan dengan pelakon yang terbabit dalam MV ini seperti “Yonny kecil” dan juga yang melakonkan watak ibu bapa saya dalam MV itu. Sebelum penggambaran dimulakan mereka saling berkenalan supaya dapat memudahkan perjalanan penggambaran dan memahami jalan cerita MV ini.